Tuesday, March 31, 2020

TIPS MENJAWAB EXAM PAPER 2 SITE SAFETY SUPERVISOR (SSS) / JSA



Assalamualaikum,
Apa khabar bakal-bakal safety sekalian. Sihat kerr tu?

Oke dsebabkan banyak permintaan/pertanyaan korang untuk Exam paper 2, Sy akn share mana yang saya tahu dan tips2 korang untuk menjawab paper 2 yep.

1.Fahamkan tajuk yang korang dapat tu dulu. Fahamkan jugak apa skop kerja yg kebiasaan untuk tajuk yang korang dapat.

kat sini sy akan letak satu contoh tajuk iaitu Demolition(perobohan).

2.Tgk guideline yg pengajar korang bagi. Maksud sy untuk isi2 kandungan untuk slide tu.
Cth:

3.JSA sy letak tajuk Perobohan pagar rumah secara kawalan manual.
   h haa korang mesti heran knp aku tak guna kaedah explosion? roboh bangunan?roboh kedai?guna swing ball.
Kat situ korang nampak tak macam mana sy gabungkan tajuk dan skop kerja yang akan sy ltakkan dalam jsa sy nanti. Kat sini sy nak tunjuk tajuk dan skop kerja korang yang akan korang letak nanti,pastikan tajuk dan skop tu yang korang faham,yang korang nampak, dan bleh explain kerja2 tu.
Kalau korang letak yang korang tak pernah nmpak dpan mata sendiri dan jarang korang tgk, mesti korang ssh nak nampak jalan kerja tu macam mana nanti kan?
bila sebut je kawalan manual, korang mesti dah terbayang kan? kan?
Tukul,jack hammer,gerudi, yang akan digunakan.

Selepas korang dah tetapkan tajuk tu, korang akan dapat fikir apa step yang akan korang create untuk jsa korang tu.
Kebiasaan 5 atau 6 step je yang sesuai.Tak perlu banyak2 sbb nanti korang tak sempat nak cukupkan presentation 10 minit.

A) Langkah kerja

Korang perlu tuliskan spesifik langkah kerja tu untuk JSA,
Cth :
Loading/Unloading
(Peralatan Kerja)
kerja2 perobohan menggunakan
(TuKuL)
Kerja2 perobohan menggunakan
(Jack Hammer)
Kerja pengalihan sisa2 perobohan
(    ).....

B) HaZarD

Okey part ni paling penting,, Boleh dikatakan Penentu aras untuk korang power ke tak? hihihi

Korang kena cari bnayak sikit hazad untuk setiap langkah kerja tu dan tolong perhatikan ayat yang korang tulis tu.Sebabnya kat sini sy tekankan kerana ramai yang masih tak faham apa itu Hazard.

TerJatuh dari tempat tinggi
Ayat ni terang2 sgt salah nya..haa cuba korang teka kenapa?sy bagi masa hihi..
Jawapanya kerana ayat tu adalah untuk Kesan.
ayat TER... itu bukan menjadi penyebab atau faktor utk berlakunya kemalangan.

yang Betulnya adalah
Tiada Penghadang, so kat sini sy tunjukkan perkara yg perlu tuan perhatikan apa penyebab dripada berlakunya kemalangan itu.

C) KESAN

Untuk Kesan ni pun perlu jgak Spesifik apa kesan yang akan dapat selepas dapat dari hazad.
 Kalau korang sudah faham apa itu hazard, confirm korang akan tahu macam mana nak buat kesan.
Untuk yang melibatkan kesan penyakit DALAMAN pula,
Anda perlu tahu ia terbahagi kpd 2 jenis :-

  • Kronik
  • Akut


D)LANGKAH KAWALAN

Pertama, cuba korang ingat balik ape yg korang belajar tentang langkah kawalan hazad dulu?
igt tak tu? hihi
okey ni sy bagi ingat balik..

1-penghapusan
2.penukaran
3.pengasingan
4.kejuruteraan
5.pentadbiran
6.ppe


Kenapa sy nak suruh korang ingat semula topik yg korang belajar pasal ni?
Untuk membuat Langkah Kawalan dalam JSA korang, Paling PENTING korang perlu buat berpandukan hierarki  langkah kawalan ni dalam JSA.

CTH :

Aktiviti Kerja
Mencanai besi

Hazad
percikan api

Kesan
1-Kecederaan pada orang berdekatan

Langkah Kawalan
1a- Mengkhususkan kawasan yang spesifk pada pekerja. (Langkah Pengasingan)
1b- Meletakkan 'fire blanket' di sekeliling kawasan berkenaan.(Langkah Kejuruteraan)

Jadi kat sini korang bleh nampak tak sy tak letakkan PPE yg pertama, jadi korang perlu fikir dan letakkan mengikut Hirarki yg korang dah belajar tu.

Last, jika ada yg korang tak jelas, sila drop komen anda kat bawah, insyaAllah sy akan balas dari masa ke semasa,
Dan seandainya ade kekurangan atau penambahan yang tuan boleh bagi, korang bleh je drop kat komen dan sy akan edit smula utk pnulisan ini yer..

Selamat menepuhi PKP yer tuan..Sama2 kita doakan supaya wabak ini ada pnyelesaian. amin...
Assalamualaikum,



15 comments:

  1. assalamualaikum tuan, boleh tak minta contoh slide Dan soalan paper 1 Dan 2. Ini email saya as.amirulshafiq@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, mohon share contoh soalan paper 1. Saya akn menduduki exam ini bulan depan (14/03/22). Doakan saya bejaya tuan. Amin
    Ni email sya : ezardmutd@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam tuan ... Mohon share slide dan soalan paper 1... Email : anizan07@gmail.com
    Terima kasih tuan...

    ReplyDelete
  4. minta contoh slide dan soalan paper 1. ikram123idris@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan bole tuan share slide untuk soalan paper 2..Email : almaikaeo@gmail.com. Terima Kasih Tuan.

    ReplyDelete
  6. salam tuan, terima kasih share tips. mohon tuan share slide dan soalan paper 1... email : muhammad.afdz95@gmail.com

    ReplyDelete
  7. salam bos.
    saya baru amik kursus SSS 2020. im the only one girl dlm class & dah 3x repeat SSS untuk paper 2 a/b last bulan 11 ni . boleh saya dapatkan contoh exam paper 1 n 2. pls guide me. 😔 boleh emailkan juga kt saya hannahayof85@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Tuan mohon share tips paper 1 dan paper 2

    ReplyDelete
  9. Tuan mohon share tips paper 1 dan paper 2 please shahexpresskedah@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan, nak tanya langkah kawalan yang kita buat tu perlu ikut steps Hierarki berdasarkan hazad dan kesan JSA tu ker? Mohon jelas lebih lanjut sebab 2 kali saya tak lepas SSS ni disebabkan masalah pada Langkah kawalan. Thank u in advance.

    ReplyDelete
  11. slm tuan..sy punya training kelas xda terangkan pon..terus je dia bagi contoh soklan exam..moga dpt tempuh exam nati

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum taun, boleh tak mohon share tips/soalan paper 1 & 2 dan contoh slides kerja Demolition please. Boleh email ke darasarawak@gmail.com. Next week dah nak exam. Thanks in advanced.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum tuan, boleh share contoh slide kerja safety work demolotion ? boleh ke email ke syafiqah96.sr@gmail.com. saya akan exam tak lama lagi

    ReplyDelete

TIPS MENJAWAB EXAM PAPER 2 SITE SAFETY SUPERVISOR (SSS) / JSA

Assalamualaikum, Apa khabar bakal-bakal safety sekalian. Sihat kerr tu? Oke dsebabkan banyak permintaan/pertanyaan korang untuk Exam pa...