Tuesday, March 31, 2020

TIPS MENJAWAB EXAM PAPER 2 SITE SAFETY SUPERVISOR (SSS) / JSA



Assalamualaikum,
Apa khabar bakal-bakal safety sekalian. Sihat kerr tu?

Oke dsebabkan banyak permintaan/pertanyaan korang untuk Exam paper 2, Sy akn share mana yang saya tahu dan tips2 korang untuk menjawab paper 2 yep.

1.Fahamkan tajuk yang korang dapat tu dulu. Fahamkan jugak apa skop kerja yg kebiasaan untuk tajuk yang korang dapat.

kat sini sy akan letak satu contoh tajuk iaitu Demolition(perobohan).

2.Tgk guideline yg pengajar korang bagi. Maksud sy untuk isi2 kandungan untuk slide tu.
Cth:

3.JSA sy letak tajuk Perobohan pagar rumah secara kawalan manual.
   h haa korang mesti heran knp aku tak guna kaedah explosion? roboh bangunan?roboh kedai?guna swing ball.
Kat situ korang nampak tak macam mana sy gabungkan tajuk dan skop kerja yang akan sy ltakkan dalam jsa sy nanti. Kat sini sy nak tunjuk tajuk dan skop kerja korang yang akan korang letak nanti,pastikan tajuk dan skop tu yang korang faham,yang korang nampak, dan bleh explain kerja2 tu.
Kalau korang letak yang korang tak pernah nmpak dpan mata sendiri dan jarang korang tgk, mesti korang ssh nak nampak jalan kerja tu macam mana nanti kan?
bila sebut je kawalan manual, korang mesti dah terbayang kan? kan?
Tukul,jack hammer,gerudi, yang akan digunakan.

Selepas korang dah tetapkan tajuk tu, korang akan dapat fikir apa step yang akan korang create untuk jsa korang tu.
Kebiasaan 5 atau 6 step je yang sesuai.Tak perlu banyak2 sbb nanti korang tak sempat nak cukupkan presentation 10 minit.

A) Langkah kerja

Korang perlu tuliskan spesifik langkah kerja tu untuk JSA,
Cth :
Loading/Unloading
(Peralatan Kerja)
kerja2 perobohan menggunakan
(TuKuL)
Kerja2 perobohan menggunakan
(Jack Hammer)
Kerja pengalihan sisa2 perobohan
(    ).....

B) HaZarD

Okey part ni paling penting,, Boleh dikatakan Penentu aras untuk korang power ke tak? hihihi

Korang kena cari bnayak sikit hazad untuk setiap langkah kerja tu dan tolong perhatikan ayat yang korang tulis tu.Sebabnya kat sini sy tekankan kerana ramai yang masih tak faham apa itu Hazard.

TerJatuh dari tempat tinggi
Ayat ni terang2 sgt salah nya..haa cuba korang teka kenapa?sy bagi masa hihi..
Jawapanya kerana ayat tu adalah untuk Kesan.
ayat TER... itu bukan menjadi penyebab atau faktor utk berlakunya kemalangan.

yang Betulnya adalah
Tiada Penghadang, so kat sini sy tunjukkan perkara yg perlu tuan perhatikan apa penyebab dripada berlakunya kemalangan itu.

C) KESAN

Untuk Kesan ni pun perlu jgak Spesifik apa kesan yang akan dapat selepas dapat dari hazad.
 Kalau korang sudah faham apa itu hazard, confirm korang akan tahu macam mana nak buat kesan.
Untuk yang melibatkan kesan penyakit DALAMAN pula,
Anda perlu tahu ia terbahagi kpd 2 jenis :-

  • Kronik
  • Akut


D)LANGKAH KAWALAN

Pertama, cuba korang ingat balik ape yg korang belajar tentang langkah kawalan hazad dulu?
igt tak tu? hihi
okey ni sy bagi ingat balik..

1-penghapusan
2.penukaran
3.pengasingan
4.kejuruteraan
5.pentadbiran
6.ppe


Kenapa sy nak suruh korang ingat semula topik yg korang belajar pasal ni?
Untuk membuat Langkah Kawalan dalam JSA korang, Paling PENTING korang perlu buat berpandukan hierarki  langkah kawalan ni dalam JSA.

CTH :

Aktiviti Kerja
Mencanai besi

Hazad
percikan api

Kesan
1-Kecederaan pada orang berdekatan

Langkah Kawalan
1a- Mengkhususkan kawasan yang spesifk pada pekerja. (Langkah Pengasingan)
1b- Meletakkan 'fire blanket' di sekeliling kawasan berkenaan.(Langkah Kejuruteraan)

Jadi kat sini korang bleh nampak tak sy tak letakkan PPE yg pertama, jadi korang perlu fikir dan letakkan mengikut Hirarki yg korang dah belajar tu.

Last, jika ada yg korang tak jelas, sila drop komen anda kat bawah, insyaAllah sy akan balas dari masa ke semasa,
Dan seandainya ade kekurangan atau penambahan yang tuan boleh bagi, korang bleh je drop kat komen dan sy akan edit smula utk pnulisan ini yer..

Selamat menepuhi PKP yer tuan..Sama2 kita doakan supaya wabak ini ada pnyelesaian. amin...
Assalamualaikum,



Monday, March 18, 2019

Syarat Kerja Oil and Gas

Jom Kerja Oil and Gas.





Assalamualaikum korang,,

entry kali ni aku nak share camne step klau korang nak try rasa kerja dalam sektor bidang oil and gas ni.

nak kerja dalam bidang ni bkan senang2 tau bleh masuk terus kerja. korang kene ikut procedure yang memang telah ditetapkan oleh client2 dekat tempat tu nanti.
Untuk tu bagi yang masih blur ape requirement yang basic client akan mintak nanti, so kat sini sy akan kongsikan sedikit requirement yang diperlukan sebelum masuk bidang oil and gas ni.



OGSP Passport (paling wajib)


Caranya, korang boleh cek kat laman web niosh dan korang cari OGSP course training.
kenapa aku suh pegi situ dlu?

haa sebabnyerr sebelum korang nak masuk kelas, korang kene cek dulu tarikh kelas yang disediakan oleh pihak NIOSH dan korang kena daftar dulu kelasnya secara online atau walk in mana2 NIOSH terdekat kat negeri korang.
Kos yuran untuk kursus tu adalah RM265.00(kalau xde prubahan la).
Kelasnya sehari je sampai petang dan akan dapat pass tu terus selepas siap jawab exam.
Pass tu valid selama 3 tahun je tau.. so korang kalau dah buat tu, jgn lah xgunerr tau. nanti membazir jerr umm..


*Dalam kelas ni ader Exam Tau..hihihi
3 bahagian kesemuanya..
jgn risau..hihihi sbb examiner takkan gagalkan korang..hihi



CIDB Passport


Okey yang ni klau korang buat OGSP dulu, korang tak perlu masuk kelas dah untuk dapatkan CIDB pass ni. Korang cuma perlu daftar je dekat online atau nak senang pergi je walk-in kat CIDB yang terdekat cakap nak buat CIDB pass dan tunjuk OGSP pass tu kat puan tu.
Bayaran kalau tak silap dalam RM50 macam tu la.




2 benda ni adalah paling Basic sebelum nak ceburi bidang kerja oil and gas ni tau.

yang selebihnya tu adalah bergantung kepada company masing2 nak provide atau kena keluarkan duit sendiri.



Antaranya ialah:-

Medical Test Report (Wajib)
Blood Test(Bergantung)
AudioMetrix Test(Bergantung)

E-vetting (wajib)
*Rekod salahlaku jenayah

Socso


Ketiga-tiga ni bergantung pada requirement Setiap Plant.












Saturday, December 15, 2018

Jom jadi Site Safety Supervisor SSS

Hye guys..
 Assalamualaikum..


haa ape kabor korang tu? ni mesti tgh usha geng topi merah ni kang kang? haha
rasa macam nak story pasai SSS plak dalam blog ni.
Memandangkan kerja aku skarang pun sebagai SSS dalam OIL & GAS skarang.

Tuk pengetahuan korang semua guys bakal safety nanti yang hensem atau lawa lawa comel molek, korang perlu tahu apa itu SSS ni ek? agaknya ape yang terlintas kat otak korang bila sebut safety ni?
ngeee.. mesti gaji kan first, haha. nevermind la ape yang korang nak first dulu, aku cuma bergurau jep tu..sorry, btw whatever lah ape yang korang nak dulu dalam safety ni gaji ke, minat ke, atau anything else..korang perlu tetapkan matlamat tu dulu.


Okey berbalik pada topik asal deh, melalut plak aku neh..hah

Tugas tugas SSS
  • memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina;
  • memperuntukkan masa 15 jam di tapak dalam seminggu untuk kerja yang berkaitan safety.
  • membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;
  • memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi.
  •  berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.




Okey guys, yang ni aku bagitahu tugas yang dinyatakan dalam buku akta shj. yang ini adalah umum jelah. yang lebih spesifik tu korang bleh tgk pada requirement syarikat tu plak ler.


Nampak cam rilek je op? ye idok.. jgn fikir gituhhh bang dan akaq skalian..hihi..
indah khabar dari ruperr...
takdelah bnda ni bergantung pada jenis tempat korang akn kerja je la nnti.

  • LifePlant 
  • Construction Building(high rise or Low rise) 
  • Plant Mati 
  • OffShore 
  • Onshore 
  • Kilang(Bergantung kpada Keperluan) 


Dll..-


Kerja safety ni bleh jadi rilek klau korang dah settlekan ape yang patut sbelum worker dan operation team mulakan kerja diorang.








haa ni aku payung gambar mase aku kerja Construction Plant.(tgh Rilek ke tu?)




Saje jer, mne tau korang tgk gambar jadi tambah semangat neyh nak amik Kursus SSS, hihi.
Okay, Untuk Exam Paper SSS ni Aderr 2 jerr.. ulang balik okey jerrrrr,,hihihi


Paper 1- Bahagian objektif dan subjektif.

Paper 2- Pembentangan dan Site visit.


Paper 1

Bagi aku ssh orang nak fail sbb xsenang xsusah bro.
tipsnyerr aku bleh bagitahu mse korang dalam kelas kan, mane2 cik tu suh belek dan baca, korang tanda trus situ dan baca balik, jgn lupa cari soalan2 yang korang bleh jawab jugak sbb nak latih kita igat balik tau.

*kalau nak soalan contoh aku aderr je sipis2,,pape PM kat komen jerlahh nnti.(bukan nak jual2 yerr)



Paper 2

Korang akan diberi satu tajuk. Dgar tu korang akan diberi tajuk dulu takleh pilih2 dahh..tajuk tu akan terus kekal dgan korang sampai korang lulus dan repeat bnyak kali pon.
Mase nie bergantung atas korang dah dan panel tu lulus atau tak korang punye paper 2.

Korang kene petah bercakap masa ni.. sbbnya akan diberi :-

10 minit - Presentation

10 minit - Jawab soalan dari panel.


Korang kene pandai2 la bahagikan masa tu yer nanti,,
Masa present tu korang kene bersedia dari segi mental tau sebab panel ni akn psiko jgak kita ikut mane pun mase tu. Korang kene ingat knp diorang buat macam tu.
sebab kerja safety ni klau tak kene maki tu x sah nanti. jgn tisu2 sgt yer guys..hihihi.


Hope korang tak putus asa yerrr dalam bidang safety ni. sesusah manapun itu hanyalah permulaan untuk kita bermula perjalanan baru. Dan korang jangan senangkan diri korang walaupun kerja tu semudah yang korang dapat, you must always try to explore something new with your enviroment.










pemandangan malam. cantik tak?




sekian..

Asslamualaikum. :-)
nak tanya paperr komen jer...



nanti aku up perbezaan enviroment kerja di site yerr..








Thursday, September 20, 2018

Pengalaman Kerja jauh jauh

Hai selamat pagi semua,

ASSalamualaikum saudara-saudara skalian.
Pagi ni ade story sikit nak cer.. kat korang ni. Tak tahu datang dari mane idea nak story pasal ni. Bangun je dati tidoq tuh, trus teringat waktu tolak motor sjauh 6km.🤔

Steady ke steady?
Hahhahaa

Oke ceritanyer bermula dari aku dpat arahan untuk pergi ke PERLIS (PERLIS POWER PLANT) pda hari tu.
Atas urusan kerja selama 2 minggu i think la. Selepas je dapat arahan tu, aku pun ape lagi, chow la settle smua dokumen-dokumen dan kereta company yg kena guna nak pegi sanerr.. so slepas tu aku ade dapat tahu ade 4 org lagi bersama aku.
Yg aku kenal sorang jerr hihi. Al maklumlah baru junior kat situ lagi..yg aku knal tu nmenye Azwan. So dye mmg dah chow awal dlu dari aku,kureng diajar btoi, haha
Gurau2🤣
Oke slpas settle smua aku pun pegi la ke tempat baby boo aku tu yg cantik molek tu.kihkihkih..
Nak dimulakan ceriterr tu..bawak tak smpai 200m aku dah mula rse lain dgn tayar aku bila aku nak mmbelok..bhnti je kat tepi jalan tu..okey..mmg sah dah tayar pancit. OH JENGg krengg..tgk jam ade dlm mase 6 jam lagi sblum nak dtg balik ke office..
Dgn tayar yang dah trkeluar rim lagi..buntu oiii.. nak tunda dah tak boleh..klau stakat takde mnyak boleh lahh kan..huhu..
So plihan trakhir ape guys? TOLAK la bro..huhuks

Panas tu takleh nak kate lah lit lit ceng ceng tu aderrr huhuhu...belum lagi dengan JALAN BYPASS GEBENG lagi..aku rse smua org tahu jln tu mcm mne kan..LORI,TRELERR dan smua jniss gajah lembu aderrr dgn jln yang sempitnya lagi..mau nanges bebb hahaha..
Nak dpendekkan cerita, slpas 4km mnolak..sampai la kat bengkel motor..
Tapi alangkah nasib tak mnyeblhi..
Aku nak tukar tayar biasa je pun.
Engkorang tahu brape pomen tu caj aku?
50? 60? No way man slah tu...rm150 man...huhuks..pnindasan penghinaan btoi ..igt aku bdoh sgt kerr tayar jnama FKR bleh smahal tu..
Sanggup tak sanggup..bila dah niat nak tolak lagi..so...... menyambunglah tolakan itu lagi shingga 2km lbih lagi..huhu..
Baru jumpa bengkel yg baik hati..hurrmm
Dugaan btoill...
Slepas je settle tu..aku siap2 kan brang aku nak bawak tu dan pergi semula office..
Dan aku pon dpat tahu.. bkan aku seorang shj yg bernasib malang..hahahaks
Sorang kreta kena langgar dri blkang, sorang hilang pass kerja(xde tu ssh tau nak msuk tmpat org), sorang jtuh moto(luka kcil shj)..last sorang ni hawau sikit..(kreta x hidup)..hahaha
Mase tu..dah fkir bukan2 dah sbnarnye..hihu..ye la.klau korang cmne?? Haha
Tpi sbb kerja,kitorang truskan jgak dan
ALHAMDULILLAH selamat pergi dan balik😀

*dari pngalaman ni la aku bnyak belajar perkara baru dari engkorang thanks.
Faiz,azim,azwan,cassey

TIPS MENJAWAB EXAM PAPER 2 SITE SAFETY SUPERVISOR (SSS) / JSA

Assalamualaikum, Apa khabar bakal-bakal safety sekalian. Sihat kerr tu? Oke dsebabkan banyak permintaan/pertanyaan korang untuk Exam pa...